BERSEPAH dalam media sosial akhir-akhir ini memaparkan kemesraan Wafariena bersama seorang lelaki dipercayai kekasih hatinya.
Dalam diam-diam sudah ada kekasih! Iyalah, sebelum ini dia bukannya ada terpalit gosip dengan mana-mana pelakon dan bijak menjaga diri.
Tetapi, kebanyakan video tular itu, kelihatan tangan Wafariena dipegang dan dipimpin lelaki tersebut.
Mungkin mereka memang terbuka berkongsi hubungan cinta cuma tiada sebarang pengesahan rasmi saja.
Cuma kalau nak mendirikan rumah tangga satu hari nanti, janganlah lupa nak kongsi. Tak mahulah diam-diam sudah bernikah.
Apa pun Diva doakan yang terbaik cuma jarang betul nak tengok lakonan Wafariena sekarang. Kurang tawaran atau lebih selektif?
DIVA: Meluat dengan sikap peminat seorang artis lelaki, taksub sangat!

