81
GAGAL menahan sebak, penyanyi Mahalini mengakui menangis semasa menonton filem 2nd Miracle In Cell No.7.
Kata pemilik nama lengkap Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 24, filem yang diadaptasi daripada naskhah Korea Selatan itu membuatkannya teringat mendiang ibunya, Ni Nyoman Serini.
“Saya benar-benar berasa sedih. Dari awal saya tak menjangka akan menangis.
Saya tahu bagaimana rasanya ditinggalkan ibu bapa ketika kita sangat memerlukan mereka.
“Filem ini memang kena dengan saya, seseorang yang tidak mempunyai ibu dan membuatkan saya teringatkannya,” katanya. – HIBGLAM