Hati saya hancur lihat kebakaran di LA – Kim Kardashian

SELEBRITI terkenal Hollywood, Kim Kardashian meluahkan rasa sedih dengan bencana kebakaran yang berlaku di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, Kim berkongsi beberapa foto keadaan bencana di Los Angeles.

Saya sayang Los Angeles. Hati saya hancur melihat keadaan bandar tempat saya tinggal. Terus berdoa untuk mereka yang terkesan dengan kebakaran ini,” tulisnya.

Tambah Kim lagi, dia turut bersyukur dan berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus melindungi dan menyelamatkan bandar Los Angeles.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen dilihat menyelar bekas isteri Kanye West itu dengan mengatakan dia sekadar berpura-pura simpati.

Diamlah Kim. Berdoa sahaja tidak cukup. Adakah anda sudah menderma? Anda ada 10 lagi rumah yang boleh didiami,” komen netizen.

Netizen turut mempersoalkan penggunaan air yang digunakan Kim untuk kediamannya kerana ketika ini Los Angeles mempunyai masalah bekalan air yang tidak mencukupi untuk memadam api.

“Adakah anda sedar berapa banyak penggunaan air anda untuk 18 bulan sebelum ini? Tahukah anda berapa banyak rumah yang dapat diselamatkan? ” soal netizen yang berang dengannya.

Sebelum ini Kim pernah didenda kerana menggunakan air secara berlebihan iaitu sebanyak 232,000 gelen air melebihi had yang ditetapkan semata-mata untuk penggunaan taman di rumah agamnya.

Namun disebalik kecaman yang diterima, masih ramai yang meluahkan rasa simpati terhadapnya.

Terdahulu, kebakaran dasyat yang terjadi sejak minggu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 24 mangsa setakat ini. 100,000 penduduk Los Angeles telah terkesan dan lebih 12 ribu bangunan musnah dijilat api. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok