“Tudung sudah terbang?”
Itu persoalan yang muncul dalam kepala Diva selepas melihat beberapa hantaran media sosial milik Aprena Manrose baru-baru ini.
Mana tidaknya, Aprena secara terbuka berkongsi foto dan video memaparkan dia tidak memakai tudung termasuk ketika melakukan aktiviti sukan.
Pada awalnya Diva cuba bersangka baik, mungkin perkongsian lama yang diulang siar tetapi selepas diteliti, foto baharu!
Jadi, adakah kerisauan ramai sebelum ini yang pernah bimbang dia akan mengikut jejak sepupunya, Uqasha Senrose membuka tudung jadi realiti?
Diva pun tak berani nak cakap lebih-lebih sebab manalah tahu hidayah Tuhan buatkan dia terus istiqamah berhijab.
Lebih baik kita doakan yang terbaik, jangan terus kecam tau! – HIBGLAM
DIVA: Ramai mahu Misha Omar buat konsert solo tahun depan.