MELAHIRKAN anak secara pembedahan dipersoal, pelakon Fatin Afeefa tampil mempertahankan Datin Intan Najuwa dengan menyifatkan netizen berhati busuk.
Ujar Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudi, 29, komen jahat tersebut tidak sensitif sekali gus membuktikan sikap segelintir netizen yang gemar menjatuhkan hukum tanpa memahami keadaan sebenar.
“Intan bersalin secara pembedahan (caesar) pun bukan dia mahu. Tapi netizen yang kata, ‘Alhamdulillah beranak normal, kenapa mesti caesar itu jahat.
“Jenis muka busuk, hati busuk. Tuhan belum uji, sebab itu bercakap macam itu,” tulisnya menerusi video dalam TikTok.
Video tersebut memaparkan Fatin bersama beberapa rakan termasuk pelakon Yuna Rahim, melawat Intan di hospital selepas melahirkan anak sulungnya, Imane Lunara.
Apa yang turut mencuri perhatian ialah momen Yuna memegang tangan aktes berkenaan sambil dikelilingi rakan-rakan lain yang teruja melihat puteri kecil itu.
“Seronok tengok persahabatan macam ini,” komen seorang netizen.
“Teruskan bersahabat tanpa rasa dengki dan benci, suka tengok kalian,” tulis pengguna media sosial.
Terdahulu, Intan selamat melahirkan cahaya mata pertama secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta. – HIBGLAM