SELAMAT melahirkan cahaya mata kedua semalam, pelakon Datin Intan Najuwa menamakan puterinya Imane Laudya.
Berita gembira itu tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan kesyukuran atas kelahiran zuriat yang disifatkan sebagai anugerah istimewa.
“Selamat datang ke dunia, anak yang sangat berharga, Imane Laudya,” katanya dalam hantaran beberapa gambar di wad hospital.’Selamat datang Imane Laudya’ – Intan Najuwa bersalin anak kedua
Pelakon drama Bunga Hati itu juga tidak ketinggalan berkongsi foto comel si kecil.
Menerusi perkongsian lain, Intan juga kini ibu kepada dua anak turut menyampaikan penghargaan terhadap suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.
Terima kasih daddy (suami) untuk 100 kuntum mawar merah. Awak sentiasa tahu menggembirakan saya,” tulisnya.
Menjengah ruangan komen, ramai peminat serta rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan kesejahteraan ibu dan anak itu.
“Alhamdulillah, tahniah. Tak sabar nak jumpa anak,” ucap pelakon, Datin Elvina Mohamad.
Pada 15 Disember 2024, Intan dikurniakan anak perempuan bernama Imane Lunara yang kini berusia hampir dua tahun.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf juga ahli perniagaan, 42, di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos 2023. – HIBGLAM
