‘Ibu mentua tak henti berdoa, tabur kebaikan kepada saya’

MADU kepada pempengaruh Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan bersyukur dikurniakan ibu mentua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

Umisya atau mesra disapa Misya mendedahkan wanita dihormatinya itu menjadi antara individu penting yang menyuntik kekuatan ketika berdepan dugaan.

Ummi, ibu mentua serta insan yang terlalu baik. Yang tak pernah berhenti menasihati dan taburkan kebaikan untuk Misya,” katanya dalam Instagram.

Bahkan, menerusi hantaran sama, isteri pertama kepada Ahmad Aslam  itu turut mendedahkan mentuanya kerap berkongsi kata-kata hikmah.

Dalam hantaran tersebut, Misya menunjukkan petikan daripada wanita terbabit mengenai individu yang berdepan dugaan seperti pernah dilaluinya.

Orang yang pernah diuji Allah macam Misya,” tulisnya.

Terdahulu, situasi dihadapi ibu dua cahaya mata itu mengundang simpati ramai apabila suaminya bernikah dengan anak pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi di Songkla, Thailand secara rahsia.

Pernikahan tanpa pengetahuan Umisya serta keluarga Marissa Dania itu berlangsung pada 27 Disember tahun lalu mengakibatkan Marissa serta ibu bapanya menjadi sasaran cemuhan ramai.

Begitupun, perkahwinan poligami itu tampak semakin tenang sejak kebelakangan ini apabila masing-masing memilih menjalani kehidupan bersama suami mereka tanpa melibatkan antara satu sama lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok