34 barangan Che Ta bernilai lebih RM900,000 akan dilelong

ACARA lelongan awam barangan milik pelakon sensasi Rozita Che Wan akan diadakan di kediamannnya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Lelongan itu membabitkan 34 barangan dengan jumlah RM902,012.46 termasuk sebuah kereta jenama Haval.

Selain kenderaan, terdapat beberapa barangan elektronik milik Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum dan televisyen.

Bahkan, terdapat juga perabot serta beberapa peralatan lain yang bakal dilelong kepada orang awam.

Dokumen perincian jualan itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, manakala lelongan diuruskan Auctrade Auctions Solution.

BANGLO Che Ta yang akan menjadi lokasi acara lelongan awam esok.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan.

Sehubungan itu, bahagian undang-undang Mara dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.

Dikatakan, pinjaman Mara berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd dengan Rozita dan anak lelakinya itu sebagai penjamin. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok