BELUM pun reda ucapan tahniah sempena perkahwinan usahawan Datuk Red, media sosial dikejutkan dengan deretan luahan banyak individu mendesak lelaki terbabit melunaskan hutang.
Ruangan komen bertukar menjadi medan menuntut hak apabila beberapa individu tampil mendakwa masih menunggu bayaran sejak bertahun-tahun lalu.
“Bila nak bayar hutang saya RM40,000 di Tanah Semungkis, Hulu Langat? Dah 10 tahun saya tunggu. Saya tak akan halalkan dunia akhirat dan saya akan sentiasa berdoa supaya awak menerima balasan setimpal,” luah seorang individu.

ANTARA luahan seorang individu yang menuntut Datuk Red mengembalikan duitnya.
Lebih mengejutkan, muncul pula beberapa komen lain mendakwa mereka turut mengalami nasib sama.
Diva sendiri terkejut membaca luahan demi luahan memenuhi ruangan komen, namun harus diingat, dakwaan tetap dakwaan selagi belum dibuktikan.
Memaki hamun tidak akan menyelesaikan apa-apa, tetapi jika benar wujud hutang, sudah tentu menjadi tanggungjawab untuk melunaskannya.
Harap Datuk Red dapat cari penyelesaian, jangan asyik buat video TikTok dengan bini baharu sahaja.
DIVA: Seronok betul tengok keterujaan Erma Fatima buat persiapan nak langsungkan majlis kahwin anak dia!
