217
“DASAR perempuan penyondol, sanggup goda suami kakak sendiri.”
Itu antara komen yang membanjiri media sosial sejak akhir-akhir ini yang ditujukan kepada pelakon Mimi Lana.
Semuanya tercetus selepas lakonannya sebagai Intan cuba merampas kebahagiaan kakaknya, Suri (Ummi Nazeera) dengan menggoda abang ipar sendiri iaitu Haikal (Hisyam Hamid).
Lakonan hebat Mimi berjaya mengundang kebencian ramai sehingga ruangan komen media sosialnya dibanjiri dengan luahan tidak puas hati netizen.
“Tak guna betul Intan, sanggup suruh Haikal ceraikan Suri dengan talak tiga.
“Lakonan Mimi memang mantap. Berjaya buat kami benci dengan Intan.
“Jangan buat perangai Intan dalam kehidupan sebenar. Sakit betul hati,” kata netizen. – HIBGLAM