110
Dua tahun bekerja keras tanpa rehat panjang, pelakon Park Shin-hye menzahirkan rasa syukur apabila suaminya mengizinkannya untuk pergi bercuti ke luar negara bersama rakan-rakan di Amerika Syarikat.
Teruja untuk pergi berhibur, wanita berusia 34 tahun itu tidak henti-henti menzahirkan ucapan terima kasih kepada suaminya, pelakon Choi Tae-joon atas keizinan meskipun lama harus berjauhan dengan keluarga terutama, anak.
“Sudah lama saya tak bercuti dan berehat.
Saya bercadang untuk bercuti ke Amerika Syarikat selama kira-kira dua minggu, jadi saya telah membersihkan rumah saya semalam.
“Untuk percutian ini saya dah minta persetujuan keluarga dan saya hanya akan pergi dengan seseorang yang dikenali,” ujarnya dalam satu wawancara.