MERDEKA.”
Demikian perkongsian ringkas penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga selepas dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga dari Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak, semalam.
Tidak menjelaskan lanjut, Yasin atau nama lengkapnya Muhammad Yasin Sulaiman, 51, hanya memuat naik video bunga api seolah-olah menggambarkan sedang meraikan kebebasan yang diraihnya.
Usaha Kosmo! mendapatkan respons pelantun lagu Mimpi Laila itu tidak berjaya apabila abangnya iaitu Zain Sulaiman masih belum membalas mesej yang dihantar.
Pada masa sama, Iman Tang selaku Pengasas Icon Entertainment yang sedang menguruskan pembikinan single Yang Tinggal nyanyian Yasin bersama Malique dan Zizi Kirana juga tidak memberikan sebarang respons.
Selepas empat tahun, Yasin dibebaskan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Terdahulu, pada 28 April tahun lalu, Yasin dilaporkan dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Rayuan, namun diperintahkan ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga diperkenankan Sultan Selangor.
Keputusan dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali bersama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan akhir dikemukakan komposer terbabit.
Mahkamah Rayuan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah. – HibGlam
