BERPEGANG dengan prinsip hidup hanya sekali, anggota kumpulan IVE, Jang Won-young mengakui sangat obses dalam penjagaan rambut.
Ujar idola berusia 20 tahun itu, rambut adalah mahkota wanita dan perlu dijaga sebaiknya supaya kekal sihat dan lebat meskipun sudah tua.
“Rambut adalah aset yang wajib dijaga apatah lagi jika seseorang itu adalah idola yang sentiasa tampil dengan pelbagai gaya rambut.
“Dulu, saya akan syampu dan menyikat rambut setiap hari. Doktor memberitahu bahawa menyisir rambut sebelum syampu membantu untuk menghilangkan kotoran daripada kulit kepala. Rambut kita juga akan jadi lebih sihat.
“Sebagai wanita, semua perlu dijaga dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Saya memang obses dengan kecantikan diri, hidup pula hanya sekali,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual. – HIBGLAM