Joong-ki hero terbaik – Jung-nan

SEBAGAI aktres senior, Kim Jung-nan melihat kredibiliti aktor Song Joong-ki lebih menyerlah berbanding selebriti lain di Korea Selatan.

Perkara itu didedahkan selepas hos program realiti The Ugly Duckling, Shin Dong-yup dan Seo Jang-hoon meminta Jung-nan memilih pelakon terbaik antara Kim Soo-hyun dalam Queen Of Tears, Hyun Bin dalam Crash Landing On You dan Song Joong-ki dalam Reborn Rich.

“Saya pilih Joong-ki sebab dia sangat pandai menjaga hati orang di sekelilingnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia maskulin, berkarisma dan mempunyai semangat kepimpinan yang hebat.

“Ada sesuatu tentang dirinya yang membuatkan semua orang menyukainya,” katanya.

Jun-nam juga menganggap  Joong-ki faham nilai tanggungjawab sebagai hero dan memberi ruang kepada pelakon pembantu menyerlahkan kredibiliti. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok