Pelakon Mas Khan berang apabila ada individu tidak bertanggungjawab yang menuduhnya sebagai kaki pukul perempuan.
Mas Khan atau nama lengkapnya, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 30, menyifatkan fitnah tersebut sudah melampaui batas dan perlu dinoktahkan.
“Aku rasa akulah orang yang paling tak ambil peduli bila netizen fitnah dan ‘bantai’ tetapi kali ini sudah melampau.
“Seorang lelaki fitnah cakap aku pukul perempuan. Ini melampau.
Kau boleh tanya bekas kekasih aku, pernahkah aku angkat tangan pada mereka,” katanya dalam InstaStory.
Pada masa sama, pelakon drama kepolisan, Gerak Khas itu menyimpan semua bukti tuduhan yang dilemparkan individu terbabit dan ingin membawa dakwaan yang disebarkan ke muka pengadilan.
“Bapa aku tak pernah ajar pukul perempuan. Aku ada bukti tangkap layar yang komen buruk tentang aku dalam media sosial, semua aku ada.
“Aku sekarang sudah ada dua keluarga untuk dijaga. Keluarga aku dan keluarga tunang.
Aku kena ajar orang yang buat buli siber ni. Sediakan wakil peguam kau, jumpa di mahkamah,” ujarnya.
Sebelum ini, seorang individu meninggalkan komen dalam Instagram mendakwa Mas Khan pernah memukul bekas tunangnya, Diana Nasimuddin.
Malah, individu terbabit turut mendakwa aktor tersebut sebagai lelaki yang berlagak seperti gengster.-HIBGLAM