Istilah mesra muslim di restoran mengelirukan – Diana Danielle

SEBENARNYA sudah lama tertanya-tanya tentang penggunaan ‘muslim-friendly’.

Demikian kata pelakon Diana Danielle yang mengakui keliru dengan istilah ‘muslim-friendly’ (mesra muslim) yang digunakan sesetengah restoran dan kafe.

Ujar Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, kebanyakan premis yang menggunakan istilah sedemikian mahu menarik pelanggan beragama Islam namun tiada pengesahan membuktikan kedai makan tersebut menyediakan bahan serta makanan halal.

Adakah sesuai untuk sesebuah restoran atau istilah tersebut tanpa sebarang bukti yang menunjukkan premis mereka sesuai untuk Muslim?

“Saya nampak istilah tersebut digunakan di mana-mana sahaja untuk menarik orang Muslim datang,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Pada masa sama, pelakon filem Imaginur itu juga meluahkan rasa hairan apabila istilah itu masih digunakan secara meluas meskipun ramai mempersoalkan status halal sesetengah kedai selain was-was untuk datang menjamu selera.

Nak cakap banyak pun tak boleh sebab ada pelbagai perdebatan mengenai istilah ‘muslim-friendly’ ini.

“Kalau orang tak percaya sebab istilah itu boleh digunakan sesuka hati, kenapa masih boleh digunakan?,” soalnya.

Pendapatnya itu dipersetujui netizen yang rata-rata tertanya-tanya mengenai perkara sama.

Terdahulu, Diana dan suaminya yang juga pelakon Farid Kamil pernah dikritik netizen gara-gara menikmati mi kari di sebuah kedai Cina yang diragui status atau sijil halalnya.

Pun begitu, Diana dan Farid memberitahu sudah menghubungi cawangan utama bagi mendapatkan kepastian mengenai status halal dan dimaklumkan salah satu cawangan tersebut mesra muslim.⁠- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok