608
PENYANYI Won Heum sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya dalam majlis tertutup di Gangnam pada 20 Ogos lalu.
Pasangan itu pertama kali bertemu pada 2020 selepas diperkenalkan bekas rakan sekerja dan mereka mula mengenali hati budi sejak 2022.
Won Heum yang juga merupakan anggota kumpulan Norazo memilih wanita enam tahun lebih muda sebagai suri hidupnya.
“Saya meningkat dewasa dan menjalani kehidupan bujang lanjut usia sehingga sudah terbiasa bersendirian.
“Namun, hari ini saya memutuskan untuk meneruskan kehidupan dengan isteri,” katanya yang mengadakan majlis resepsi Ahad lalu.