REZEKI terpijak buat penyanyi Vanessa Reynauld apabila persembahannya dalam rancangan realiti Sing! China 2023 tular di China.
Menerusi program itu, Vanessa atau nama lengkapnya Vanessa Ben Reynauld, 23, menyampaikan lagu Riding The Wind nyanyian asal David Huang yang diberi nafas baharu yang berjaya membuatkan semua mentor berasa kagum.
Tidak sangka keempat-empat juri pusing kerana saya tidak meletakkan harapat yang tinggi.
“Saya tidak sempat baca komen tetapi sangat terharu video tersebut tular dalam sekelip mata,” katanya kepada HibGlam pada sidang akhbar di Sony Music Entertainment Malaysia sebelum terbang ke Shanghai.
Meskipun diberi masa singkat untuk memilih mentor dalam program tersebut, Vanessa memilih penyanyi China iaitu Emil sebagai pembimbing.
Selain mengenalinya sebagai penyanyi legenda, saya pilih Emil kerana dia sangat mahir pilih lagu balada.
“Apabila muncul atas pentas, saya tidak tahu siapa yang harus dipilih sebagai mentor.
“Cuma ketika mereka mula berbincang, saya pilih yang benar-benar mahukan saya dan boleh beri tunjuk ajar dengan betul,” ujarnya.
Sebelum ini, Vanessa yang mempunyai kebolehan berbahasa Cina, Inggeris dan Melayu berjaya melayakkan diri dalam Sing! China 2023 (nama asalnya The Voice China).
Peserta The Masked Singer Malaysia itu berjaya menarik perhatian ramai dalam episod kedua dan akan meneruskan saingan ke peringkat seterusnya. – HIBGLAM