TINDAKAN melampau akaun Facebook menggunakan nama Wafariena Fans Club memaparkan tajuk sensasi kononnya Rozita Che Wan atau Che Ta kerap dipukul suaminya, Zain Saidin mengundang amarah pelakon itu.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu memaki hamun tindakan tidak bermoral pihak terbabit yang sengaja meletakkan judul ‘mengundang’ semata-mata mahu mengumpan pengguna masuk ke pautan dimaksudkan.
‘**** mana yang buat cerita *** **** sangat ini? Kurang ajar!
“Wafariena Fans Club?” tulis Che Ta berkongsi hantaran tersebut menerusi laman Instagramnya berkenaan fitnah tersebut.
Selebriti berusia 55 tahun itu turut meminta peminatnya mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam hantaran paparan page Facebook tersebut, Zain yang juga aktor itu kononnya didakwa berlaku kasar sejak awal perkahwinan.
“Dia naik tangan, dia tak pernah berubah. Genap 10 tahun berkahwin. Che Ta beri bayangan rumah tangga..,” tulis page itu yang turut memaparkan foto Zain.
Rumah tangga Che Ta dan Zain dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, sembilan tahun.
Daripada perkahwinan terdahulu pula pelakon Kiah Pekasam itu diserikan dua putera, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. – HIBGLAM