[VIDEO] Bukan sembunyi, ini hal peribadi – Aziz M. Osman 

“Saya bukan sembunyikan diri, cuma ini hal peribadi. Tidak perlu orang tahu proses perceraian atau apa yang berlaku antara saya dan bekas isteri.”

Itu respons sutradara terkenal, Aziz M. Osman nafi yang menafikan menyembunyikan diri apabila isu perceraiannya dengan bekas isteri, Puteri Lily Lokman pada awal bulan lalu diketahui umum.

Aziz yang ditemui di Wisma Metrowealth enggan mengulas lanjut kisah peribadinya itu kerana berasakan pada usianya tidak manismembicaraka apa yang sudah berlaku.

“Cukuplah, asalkan saya dan anak-anak masih mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat.

“Tiada guna (kongsikan) dalam usia sekarang, apatah lagi saya ada ramai anak,” katanya usai majlis memorandum perjanjian (MOA) Meatech Creative Academt dan Metrowealth International Group (MIG).

Tegas pengarah filem XX Ray itu, kehidupan harus diteruskan dan usah hebahkan perkara yang dirasakan tidak perlu kepada umum.

“Kita perlu ‘move on’. Saya sangat positif dengan kehidupan sekarang dan ambil yang terbaik selain pekakkan telinga.

“Perkara membabitkan hal dalaman biarlah kita simpan sendiri. Tidak perlu kecoh, keluarga sahaja yang tahu.

“Tidak penting untuk maklumkan kepada semua apa yang sudah berlaku,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, pengarah berusia 60 tahun itu mengakui mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri malah mereka bekerjasama menghasilkan karya terbaharu.

“Lily masih uruskan saya sampai sekarang. Kami akan menyiapkan cerita baru.

“Dia penerbit, saya pula pengarah dan penulis skrip.  Hubungan kami masih baik,” ujarnya.

Minggu lalu, bekas isteri Aziz mendedahkan hubungan rumah tangga mereka akhirnya terlerai selepas 13 tahun hidup bersama.

Pemilik nama lengkap Abdul Aziz Othman @ Yusof menyunting Lily sebagai isteri pada 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Ini adalah perkahwinan ketiga Aziz yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Nor Aliah Lee. Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata.

Selepas berpisah dengan Aliah, pengarah filem Senario The Movie itu menyunting Nor Radhiah sebagai suri hidupnya pada 16 Ogos 2008.

Namun, perkahwinan mereka dibatalkan Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh idah ketika majlis pernikahan berlangsung. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok