925
BIARPUN kemunculan pelakon Park Seo-joon dalam rancangan televisyen Jinny’s Kitchen sangat dikagumi, namun ada perkara yang menimbulkan kerisauan.
Semasa menjayakan program tersebut, Seo-joon bimbang kekurangan dirinya akan merosakkan keadaan sekeliling semasa rakaman Jinny’s Kitchen.
“Saya merupakan orang yang benci menjadi bebanan kepada orang lain.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Malah, saya juga bimbang keadaan akan menjadi kacau-bilau gara-gara kekurangan saya,” kongsinya semasa temu bual rancangan realiti MMTG – Civilization Express.
Namun, keraguannya ditepis oleh pengacara iaitu Jaejae yang memaklumkan hasil kerja keras aktor itu ternyata berhasil. -HIBGLAM

