Bukan cucuk botoks, cuma tanam rambut – Rosyam Nor

PELAKON, Datuk Rosyam Nor menolak dakwaan kononnya melakukan pembedahan plastik dan suntikan botoks untuk kelihatan muda berbanding usia sebenar.

Kata Rosyam, kaedah-kaedah yang dianggap normal pada zaman sekarang itu hanya akan memberi kesan negatif kepada mutu lakonannya.

“Saya tak perlu buat semua itu waima cucuk botoks sekali pun. Ia menghalang seorang pelakon menunjukkan reaksi muka ketika berlakon.

“Lagipun tindakan seperti itu ditegah dalam agama. Jadi, saya tak mahu buat sesuatu yang dilarang Islam.

“Biarlah wajah saya nampak berkedut dan berusia,” katanya ketika ditemui sempena majlis Meet & Greet Usanita baru-baru ini.

Rosyam bagaimanapun mengakui ada menjalani rawatan untuk melebatkan rambutnya.

“Sebanyak 9,000 helai semuanya menggunakan teknologi terkini. Selain itu saya hanya jaga pemakanan dan amalkan produk durian belanda untuk kekal sihat.

“Alhamdulillah pada usia 56 tahun saya mampu bergiat aktif, melakonkan babak aksi dan pergi ke lokasi penggambaran tanpa khidmat pembantu serta pemandu peribadi,” kongsinya. – SUMBER UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok