92
DIKECAM tiada lagu baharu, penyanyi Jisoo tidak berdiam diri sebaliknya memberi bayangan karya muzik solo terbaharunya.
Dalam masa sama, anggota kumpulan Blackpink itu turut memaklumkan sudah mendengar kesemua lagu sekali gus memberi bayangan bakal muncul dengan album baharu.
Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Kim Ji-soo, 29, tidak memperincikan mengenai muzik dan album terbaharunya.
Malah, tarikh pelancaran album juga tidak dimaklumkan pelantun lagu Flower itu kerana mungkin sibuk dengan kerjaya lakonannya. – HIBGLAM