Jadi juri, netizen tuduh Noh Salleh makan gaji buta?

BARU dua minggu bersiaran, program realiti Borneo Rising sudah mula menjadi buah mulut netizen.

Menariknya, bukan peserta menjadi sasaran utama, sebaliknya juri, Noh Salleh pula menerima perhatian apabila cara penghakimannya dianggap terlalu pasif.

Ada netizen mendakwa penyanyi itu seolah-olah menyerahkan tugas memberi komen kepada juri lain setiap kali tiba gilirannya.

Noh macam tak pandai jadi juri. Pemalas. Giliran dia beri komen, dia serahkan kepada orang lain. Tak payahlah jadi juri, nyanyi sajalah,” komen seorang netizen.

Diva pula kelu tiada kata, bimbang tersilap cakap akan dihembus asap vape. Takut dikata sengaja melaga-lagakan.

Barangkali Noh mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengadili peserta dan masih mencari rentak sebagai juri.

Apa pun, Diva harap minggu depan Noh lebih kencang mengeluarkan pandangan, sekurang-kurangnya penonton dapat memahami pendirian serta penilaiannya terhadap persembahan peserta.

Jangan pula kencang memberi komen mengenai penulisan wartawan, tetapi di meja juri tiba-tiba jadi patung cendana.

DIVA: Aina Abdul pun lari marathon! Akan datang boleh tambah kilometer pula.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok