Penonton sekarang suka watak, agresif, garang- Amir Ahnaf

PELAKON meningkat naik menyifatkan generasi muda zaman sekarang lebih meminati naskhah dan watak yang lebih agresif berbanding genre romantik.

Amir, 24, berkata, kehendak terhadap jenis karakter yang agresif seperti ‘bad boy’ semakin tinggi ketika ini dan dia tidak kisah sekiranya kerap diberikan watak sebegitu.

Sebenarnya, orang Malaysia pada fasa sekarang sukakan sesuatu yang agresif, wajah ‘bad boy’ dan semua itu perkara itu normal.

“Sekarang ini, kita jangan dengar apa yang orang cakap tetapi kena lihat apa yang generasi muda mahukan,” katanya kepada HibGlam selepas sidang media sesi memperkenalkan barisan pelakon utama filem Kahar Kapla High Council di sini, semalam.

Katanya, seseorang pelakon juga harus mendengar kehendak penonton yang sentiasa dahagakan sesuatu naskhah pebih segar.

Yang sokong industri seni kita pada masa depan ialah generasi muda dan mereka inginkan sesuatu yang segar serta visual lebih segar.

“Jadi, jangan fokus sama ada seseorang pelakon itu layak jayakan sesuatu watak tetapi tumpukan pada apa yang penonton muda mahukan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin mengakui dirinya bukanlah seorang lelaki ‘bad boy’ seperti watak yang kerap dilakonkan sebelum ini.

“Realitinya, saya bukanlah seorang ‘bad boy’ pun tetapi lelaki yang romantik.

Saya seorang yang bercakap lemah-lembut tetapi akan beri sepenuh jiwa bila lakonkan watak lelaki garang atau agresif.

“Jadi, bagi saya, pada usia 30, saya akan lebih matang dan romantik ketika itu,” katanya yang mahu menjadi seorang pelakon versatil.

Menerusi filem Kahar Kapla High Council arahan Razaisyam Rashid, Amir bakal bergandingan dengan Aedy Ashraf dan beberapa pendatang baharu seperti Sky Iskandar, Thompson Goh serta Khenobu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok