‘Biar pihak berkuasa siasat dulu, sekarang ini zaman fitnah’

PENERBIT dan pengarah Erma Fatima terkejut selepas mengetahui pelakon wanita yang pernah menjayakan watak Dewi dalam naskhah sensasi, Bidaah didakwa terlibat dengan amalan pelbagai ritual keagamaan, ramalan kad Tarot dan kepercayaan spiritual lain termasuk ajaran New Age Movement (NAM) menggemparkan masyarakat.

Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, 58, bagaimanapun menggesa orang ramai tidak menjatuhkan hukuman membuta tuli selain menasihatkan netizen merujuk pihak berkuasa terlibat untuk sebarang kemas kini perkara terbabit.

“Nauzubillahiminzalik. Doakan semoga Allah pulihkan hati dan iman dia untuk kembali ke jalan-Nya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itulah masa saya terkejut apabila orang hantar berita ini. Masa di set penggambaran Bidaah, dia baik-baik sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Ujar Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu, adalah lebih baik perkara itu dirujuk kepada pihak berkuasa sebelum orang ramai memberikan sebarang komen.

“Tak berani saya nak bagi kenyataan menyesatkan orang. Tak pasal-pasal berdosa nanti. Saya bukan pakar untuk meletakkan orang itu sesat atau sebaliknya.

“Biarlah pihak yang bertanggungjwb siasat dulu. Zaman sekarang, zaman fitnah. Saya tak nak jadi wakaf dosa. Kita harap ini bukan berlandaskan isu politik. Ini akidah yang perlu dipandang serius oleh badan kerajaan untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang Melayu berusia 21 tahun yang didakwa mengamalkan pelbagai ritual keagamaan, ramalan kad Tarot dan kepercayaan spiritual lain termasuk ajaran New Age Movement (NAM) menggemparkan masyarakat.

Pendedahan itu dibuat satu per satu menerusi hantaran Facebook yang menggunakan nama akaun Masyitah Ashari sejak tiga hari lalu.

Tersebar beberapa keping gambar memaparkan dia sedang menjunjung berhala di atas kepala, mencucuk lidah dan pipinya dengan trisula Hindu serta memakai terompah paku sambil menaiki tangga kuil pada hari perayaan Thaipusam.

Turut tular dalam perkongsian adalah untaian gambar individu terbabit dipercayai bersama kakaknya iaitu seoraang pelakon wanita dan ibunya.

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyelaras tindakan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung video tular tersebut. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok