Amir Masdi tepis gosip bercinta dengan pemain biola

PENYANYI Amir Masdi menepis dakwaan menjalin hubungan cinta dengan pemain biola yang membantunya semasa membuat persembahan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) baru-baru ini.

Menurut Amir atau nama penuhnya Amir Syazwan Masdi, 30, kekeliruan tersebut mungkin timbul kerana keserasian mereka di atas pentas yang menterjemahkan jalan cerita lagu Nurcinta.

Sebenarnya dakwaan itu tak betul saya dengan pemain biola, kami pernah bekerjasama beberapa kali. sebelum ini untuk persembahan RTM, Anugerah Seri Angkasa dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dakwaan saya ada hubungan istimewa dengan pemain biola itu memang tak ada, kami hanya kawan dalam industri dan baru saja kenal dalam setahun.

“Mungkin orang nampak kami ada keserasian sebab jalan cerita Nurcinta malam itu mengisahkan percintaan dua darjah melibatkan saya sebagai raja atau putera dan dia sebagai puteri yang mana kami tak dapat teruskan percintaan,” katanya pada sidang media sidang media Amir Masdi – AM:PM Showcase, kelmarin.

Selain itu, pelantun lagu Sengaja menolak dakwaan pernah keluar berdua selain menegaskan perjumpaan mereka hanya atas urusan kerja.

“Tak ada, saya tak pernah keluar berdua dengan dia. Kalau jumpa pun atas urusan kerja sahaja.

“Mungkin itu sekadar khabar angin,” katanya lagi.

Ditanya mengenai status diri, Amir menjelaskan masih belum berpunya dan selesa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Status saya masih solo, saya belum terfikir nak ada pasangan lagi buat masa ini,” ujarnya.

Sementara itu, Amir bakal mengadakan AM:PM Showcase yang berlangsung pada 20 Disember depan di Zepp Kuala Lumpur.

Harga tiket bagi Amir Masdi AM:PM Showcase bermula dari RM104 hingga RM254 boleh dibeli menerusi Ticket Empire. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok