Dr. Omar kacau Shera Ayob pula

FENOMENA belum berakhir. Itu sudah cukup untuk memberi gambaran tentang penerimaan orang ramai terhadap watak Dr. Omar lakonan Zahiril Adzim dalam drama Aku Bukan Ustazah.

Terbaharu, Zahiril sekali lagi menghiburkan ramai apabila melakonkan watak yang dibenci ramai itu dalam sebuah video promosi makanan sejuk beku bersama isterinya, Shera Aiyob.

Lucunya, ramai yang baru sahaja mengetahui Shera merupakan isteri sebenar Zahiril.

Terhibur pula dengan perangai Zahiril. Terkejut babak pegang tangan, rupa-rupanya Shera memang isteri dia.

“Adoi, Dr. Omar ‘masuk air’ pula! Tolong buat drama khas untuk dia,” seloroh netizen.

Video tersebut berjaya meraih lebih tiga juta tontonan selepas dimuat naik dalam tempoh sehari pada 11 Jun lalu. Memang gila penangan Dr. Omar! – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok