Remy Ishak dedah wajah Tuah Alam, mirip Ezza

SELEPAS tiga bulan menimang cahaya mata pertama, pelakon Remy Ishak, 41, akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya, Tuah Alam untuk tatapan ramai.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak turut menzahirkan rasa syukur Tuah hadir dalam hidupnya dan isteri tercinta, Ezza Yusof.

“Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah dan Bonda,” kongsinya dalam Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Remy bersama isteri dan si kecil meluangkan masa di sebuah restoran.

Menjengah ruangan komen, rata-rata meluahkan pendapat dengan mengatakan wajah Tuah lebih mirip ibunya, Ezza Yusof berbanding Remy.

“Eh, muka Tuah sepenuhnya ikut ibunya. Memang kacak betul,” kata peminat.

“Tuah ini muka bonda dialah. Sejuk orang kata, comel sangat,” ujar seorang peminat lain.

“Masya-Allah Tuah, tahu tak? Tuah memang bertuah sebab jadi anak Remy Ishak, ” tulis netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Ezza, 40, selamat melahirkan anak sulung mereka kira-kira pukul 11.47 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur hujung Julai lalu.

Selepas tiga minggu, Remy mengumumkan nama putera sulungnya Tuah Alam.

Katanya, nama itu dipilih sejak bujang lagi kerana mempunyai impian untuk memberikan nama yang mempunyai unsur kemelayuan.

Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok