Jamal, Yamani, Zaki keras kejung

DATUK Jamal Abdillah, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani mengundang perhatian ramai apabila tampak ‘kejung’ ketika membuat persembahan untuk sebuah program hiburan baru-baru ini.

Dalam video yang dikongsi Zaki, mereka mendendangkan lagu Aku Penghibur, namun ketiga-tiganya tidak membuat sebarang gerakan tarian yang lincah.

Gelagat itu membuatkan bekas isteri Jamal yang juga ibu kandung Zaki iaitu Fatimatuzahra Samat bersuara mereka sepatutnya menari kerana menyanyikan lagu berentak pop.

“Kenapa semua keras kejung, menarilah. Macam tengah nyanyi lagu galau sahaja,” selorohnya.

Komen tersebut turut dipersetujui netizen lain yang sependapat dengannya.

Meskipun begitu, lontaran vokal mereka tetap meraih pujian ramai.

“Lagu gembira tapi nyanyi macam sedang bersedih. Kenapa semua keras, malu-malu ke?

“Sedap betul suara Jamal dan anak-anaknya. Ini betul-betul bakat yang diwarisi,” kata netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok