Sambutan hari jadi Jebat, mana Engku Emran?

BARU-BARU ini, Diva ada terlihat beberapa foto sambutan hari jadi Jebat Jayden iaitu anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.

Memang meriah sebab dihadiri kaum keluarga dan teman rapat selain macam-macam aktiviti diadakan.

Bahkan, hubungan baik antara Sharnaaz dan keluarga Nabila turut membuatkan Diva rasa kagum dan gembira.

Iyalah, adakalanya kalau sudah cerai, hubungan memang terputus terus, tak macam Nabila dan Sharnaaz.

Selain itu, ramai pula yang tertanya-tanya di mana Engku Emran pada hari kejadian? Adakah dia ada tetapi tidak mahu bergambar atau tak wujud di majlis itu?

Kata teman Diva, memang sudah lama tidak nampak kelibat Engku Emran dalam majlis keluarga Nabila.

Tak apalah, biar Nabila sahaja yang menjawab hal ini nanti kerana yang penting, Jebat mendapat kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapanya.

DIVA: Bila buat cerita Nabila, Engku Emran, orang marah sebab bukan selebriti tetapi sibuk bertanya-tanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok