Jimin semakin menjadi-jadi

Karier anggota kumpulan BTS, Jimin terus meroket apabila lagu debut solonya berjudul Like Crazy meraih kejayaan sehingga mengangkat namanya sebagai penyanyi K-pop dengan jualan single paling laris dan pantas di Amerika Syarikat.

Kejayaan tersebut mengukuhkan statusnya sebagai pemegang rekod jualan dan penstriman secara global paling banyak berbanding artis solo K-Pop yang lain.

Menerusi lagu tersebut, Jimin mencipta kejayaan ketara dengan merentasi pelbagai platform muzik, dan mendominasi hampir setiap carta muzik dunia seperti Spotify, iTunes bahkan carta Billboard Hot 100 Amerika Syarikat.

Tidak terhenti setakat itu, idola wajah tampan itu juga berjaya mengembangkan jejak selebritinya ke pentas global dengan mengambil bahagian dalam pelbagai rancangan, peragaan untuk iklan pelbagai jenama antarabangsa.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok