Geram tengok Rita Nadira, psiko!

SEJAK kebelakangan ini, nama Rita Nadira  menjadi bualan ramai apabila drama lakonanya, Aku Yang Kau Sakiti tular dalam aplikasi TikTok.

Rata-rata memuji lakonan Rita sebagai Amanda yang nekad membalas dendam terhadap semua individu yang pernah menghancurkan hidupnya.

Pelbagai cara dilakukannya untuk memastikan setiap dendamnya terbalas termasuk sanggup menghancurkan rumah tangga keluarga sahabat baiknya sendiri.

“Bagus betul Rita melakonkan watak wanita psiko. Menjadi betul mimik mukanya dan buat kita geram!

“Semakin lama lakonan Rita semakin baik. Watak Amanda berjaya hidupkan drama ini, terbaik!” puji netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok