Vietnam tak terima kumpulan NewJeans

MALANG buat kumpulan NewJeans apabila kerajaan Vietnam tidak membenarkan mereka membuat persembahan di negara itu.

Hal tersebut disebabkan ahlinya, Hanni dikaitkan dengan masalah politik.

Sebelum ini tular foto keluarga Hanni menunjukkan lambang lama rejim Vietnam Selatan sebagai tanda sokongan.

Vietnam Selatan atau Republik Vietnam adalah negara disokong Amerika Syarikat dari 1955 sehingga tamat Perang Vietnam pada 1975.

Disebabkan itu, kesemua kandungan NewJeans disekat pihak pemerintah Vietnam kerana didakwa  mengkhianati Parti Komunis Vietnam yang kini mentadbir negara itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok