Ungguli carta, Jimin lakar sejarah

DENGAN prestasi cemerlang sepanjang berkarier selama 10 tahun bersama BTS, Jimin turut membuktikan kejayaannya sebagai penyanyi solo Korea Selatan.

Fakta tersebut ditonjolkan Jimin atau nama lengkapnya Park Ji-min apabila mencatat rekod baharu dalam Spotify.

Penyanyi itu kekal selama 150 hari di carta Global Daily Top Artists sekali gus menjadikannya artis solo Korea Selatan pertama mencapai kejayaan ini.

Selain itu, dia turut bertahan 21 minggu menjadi artis solo negara tersebut yang paling lama dalam carta.

Malah, kejayaan lebih indah tercipta apabila penyanyi berusia 28 tahun itu melakar rekod dalam carta Spotify South Korea Daily Top Artists sebagai artis nombor satu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok