Tak dapat tengok Malique, tengok Inca Media pun jadilah!

HASRAT peminat untuk melihat wajah Inca Media yang selama ini hanya disebut dalam lagu Senyum kesampaian apabila Maliqued mendedahkan wajah anak perempuannya itu dalam video muzik Sedih Hati versi akustik yang dilancarkan menerusi YouTube semalam.

Dalam muzik video tersebut, Inca dan tiga lagi pemuzik pada awalnya memakai penutup muka yang hanya menampakkan bahagian mata dan mulut sahaja.

Namun, di penghujung video, kesemua mereka membuka topeng tersebut dan mendedahkan wajah masing-masing.

Inca Media cantik macam ibunya, Melissa Maureen.

“Bila senyum, wajahnya saling tidak tumpah seperti Malique.

Kita nak tengok bapanya, anak pula yang dihantar oleh Malique,” komen netizen.

Terdahulu Malique mendirikan rumah tangga bersama bekas pelakon Melissa Maureen Rizal pada Ogos 2008.

Selain Inca Medina, pasangan itu dikurniakan tiga lagi cahaya mata.

Selepas pembubaran Too Phat pada 2007, Malique memilih untuk bergerak solo dan tidak pernah muncul dalam mana-mana platform media.

Dia bagaimanapun masih aktif sebagai pemuzik dan penyanyi dengan berkolaborasi bersama penyanyi-penyanyi popular lain.

Penampilannya sehingga hari ini kekal menjadi ‘misteri’ dan tanda tanya ramai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok