Beomgyu, Chaewon bercinta?

KHABAR angin mengenai hubungan cinta antara penyanyi Beomgyu dan Chaewon mula bertebaran.

Spekulasi berkenaan dihidu menerusi ciapan peminat yang ternampak banyak barangan penyanyi kumpulan Le Sserafim itu di dalam kamarnya.

Ada bukti lain iaitu video Chaewon memberikan reaksi terhadap persembahan TXT berjudul Good Boy Gone Bad yang sepertinya ditujukan buat Boemgyu.

Namun, pelbagai persoalan dibincangkan dalam kalangan peminat sehingga ada yang menganggap mereka sekadar berkawan.

Beomgyu mahupun Chaewon bagaimanapun mengunci mulut mengenai khabar angin percintaan mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok