Akhirnya Yuna buat konsert di Malaysia! – Netizen

KETIKA negara dibanjiri dengan konsert penyanyi dari negara seberang, peminat seni tanah air meraih berita gembira apabila Yuna bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 22 Oktober depan.

Berita gembira tersebut membuatkan ramai peminatnya teruja kerana akhirnya Yuna muncul dengan konsert sulung di negara kelahirannya sendiri.

Tidak keterlaluan sekiranya menyifatkan konsert Yuna antara topik yang menjadi bualan hangat netizen sejak diumumkan beberapa hari lalu.

Kata peminatnya, konsert pelantun lagu Terukir Bintang itu merupakan antara salah satu acara yang paling dinanti-nanti dan pengumuman tersebut dianggap sebagai hadiah menggembirakan setakat ini.

Biarpun tarikh penjualan tiket belum dikongsi, rata-rata peminatnya sudah membuat senarai lagu yang perlu dinyanyikan oleh Yuna pada konsert itu nanti.

“Tolonglah tiket jangan ‘licin’ cepat sangat. Sangat teringin hendak ke konsert Yuna.

“Akhirnya Yuna buat konsert di Malaysia!” komen peminatnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok