SEJAK mendirikan rumah tangga dengan Shuib, macam-macam cerita yang Diva dengar mengenai Watie.
Bagusnya, kebanyakan cerita yang singgah di telinga Diva ialah hal positif, bukannya kisah sensasi. Antara yang paling terkesan, cara Watie melayan anak-anak tirinya yang meraih pujian ramai baru-baru ini.
Kata netizen, pada asalnya mereka memang was-was tetapi lama-kelamaan, Watie berjaya membuktikan mampu menjadi seorang ibu yang baik dan sangat memahami kehendak anak-anaknya itu terutama Dekta dan Matin.
“Jangan jatuhkan hukum terlalu awal. Sekarang dia berjaya jadi ibu yang baik dan seronok lihat Dekta gembira dengan kehadiran Watie.
“Cara Watie layan Dekta dan anak-anak lain nampak ikhlas,” puji segelintir netizen.
Selain itu, Watie turut melahirkan rasa gembira kerana panggilan anak-anak Shuib terhadapnya yang sebelum ini sebagai aunty bertukar menjadi mummy.
“Dulu aunty, sekarang sudah mummy, yeay!” katanya ringkas.
DIVA: Ramai nak Watie memiliki zuriat sendiri, semoga dipermudahkan!