‘Kaki selam’ teruja Zain Saidin jual baju Che Ta RM5

KEMUNCULAN pelakon, Zain Saidan yang juga suami Rozita Che Wan di tapak Car Booth Sales Kota Damansara, semalam mencuri perhatian ramai apabila melelong baju terpakai isterinya pada harga RM5.

Menerusi video dikongsi seorang peminat, bintang siri Oh My English! itu dilihat selamba melonggokkan pakaian yang dikatakan milik aktres tersebut di atas hamparan supaya mudah dipilih pelanggan.

Tidak kisah berpanas, Zain yang selesa mengenakan topi besar serta berbaju putih tanpa lengan kelihatan ramah melayani orang ramai.

Diusik pelanggan yang meminta kebenaran merakamkan video untuk dimuatnaik dalam TikTok, aktor berusia 36 tahun itu  bingkas bangun dari bangku kecilnya.

Biarpun hanya paparan video pendek, ramai seronok melihat baju yang dianggarkan mahal itu dilepaskan kepada pemilik baharu pada harga disifatkan terlampau murah.

Dalam ruangan komen pula rata-rata memuji sikap rendah diri Zain yang tidak kisah berniaga di tengah panas sedangkan dia boleh duduk selesa di rumah.

Tidak kurang juga yang berseloroh menyatakan bapa kepada Aaisyah Dhia Rana itu mungkin terpaksa tidur di ruang tamu kerana menjual baju Rozita atau Che Ta.

Malah ada yang mengusik aktres jelita terbabit memang perlu membuat jualan ‘preloved’ kerana mempunyai pakaian yang terlalu banyak.

Seorang netizen pula memuji kesederhanaan Zain yang dikatakan selesa datang ke tapak niaga popular tersebut menaiki satria, walaupun mempunyai kenderaan mewah.

Zain bergelar suami kepada pelakon jelita itu sejak 10 tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia sembilan tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta, 50, turut dianugerahkan dua putera iaitu Ammar Effendy 27, dan Aniq Ezzra, 25. – HIBGLAM

@fybaharuddin Suami jual baju isteri? #carboot #preloved #carbootsale #barangpreloved #carbootkotadamansara ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok