MENCARI jawapan, Zain Saidin akhirnya berjaya merungkai persoalan ramai dan dirinya sendiri mengenai sebab isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta tidak gemar untuk muncul dalam video TikToknya.
Kata Zain, semuanya disebabkan dia tidak menggunakan sebarang aplikasi tapisan atau ‘filter’ dalam video-video yang dimuat naik.
Kenapa Che Ta tak suka masuk video saya, sebab tiada ‘filter’, siapa yang teka jawapan begitu, memang betul,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Namun Zain memberitahu, meski tampil tanpa sebarang ‘filter’, isterinya tetap kelihatan cantik di matanya.
Memang berjuta wanita di seluruh dunia yang suka main ‘filter’, tak mengapa saya faham sebab masing-masing ada cara tersendiri.
“Jadi, semua sudah tahu jawapan sedangkan dia sudah cukup cantik. Kalau nak tahu dia tidak selesa, dia akan terus tutup muka,” katanya lagi. – HIBGLAM

