NAMPAKNYA, pelakon seksi Lana Nodin semakin ‘meletup’ sejak menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan.
Menerusi perkongsian terbaharu dalam Instagramnya, pelakon yang mendapat gelaran Pamela Anderson Malaysia itu dilihat menghadiri sebuah parti tertutup yang diadakan di Seoul, baru-baru ini.
Mengancam habis bila Lana bergaya dengan dres kemban berwarna merah. Berpinar jugalah mata Diva melihat penampilannya.
Bukan hanya Diva, penampilan berani ‘mati’ ibu kepada dua orang anak itu turut menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kecantikan miliknya.
Walaupun berimej seksi, ramai berpendapat Lana begitu elegan dan jelita. Malah ada yang kata Lana tidak ubah seperti bintang Hollywood terkenal, Jennifer Lopez.
Cantik macam Jennifer Lopez,” puji seorang peminatnya.
“Cantiknya. Penampilan kali ini memang ‘kebabom’,” kata seorang lagi netizen.
Biarpun begitu, ada juga peminat menyarankan Lana untuk tidak lagi melakukan pembedahan plastik kerana sudah cukup cantik dan menarik.
Semakin cantik. Jangan ubah lagi. Dah cantik sangat sekarang,” kata seorang pengguna Instagram.
DIVA: Ringkas dan bermakna sungguh nama anak kedua Neelofa dan Haris iaitu Abdullah Abbas. Tak perlu panjang-panjang berbelit lidah nak sebut.