BAGAI ikut musim apabila selepas isteri Haqiem Rusli meraih kecaman berikutan pemakaiannya, kini tiba pula giliran ‘orang rumah’ Aiman Tino menuai perhatian.
Gara-gara tampil menggayakan skirt pendek hitam yang menyerlahkan bahagian dada, Syarah Haifa terus dilemparkan pelbagai kata nista dalam laman sosial.
Rata-rata meluahkan rasa marah apabila melihat wanita itu didakwa seolah-olah mahu menunjukkan seluar dalam apabila memilih mengenakan skit pendek.
Tidak kurang yang meninggalkan pesanan kepada penyanyi Ku Rela Dibenci itu supaya menasihati isterinya agar tidak lagi berpakaian mencolok mata.
Begitupun, baik Aiman mahu pun Syarah, mereka dilihat tidak membalas komen yang dititipkan, sebaliknya hanya membiarkan perkara itu berlalu.
Mizz Lahar: Seorang selebriti menziarah kematian kenalan terdekat ditemani suami orang yang pernah digosip dengannya. Motif?