‘Tak sempat nak rindu, penat urus dua anak’

KIRA-KIRA 17 tahun melihat penglibatan Neelofa dalam industri hiburan.

Pastinya ada peminat yang merindui aksi lakonan dan gaya pengacaraannya.

Namun, selepas bergelar isteri dan juga ibu, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu lebih kerap berada di rumah demi menjaga keluarganya dengan penuh harmoni.

Katanya, setiap individu mempunyai pilihan sendiri dan dia memilih untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya.

“Ya Allah, saya memang duduk rumah sajalah buat masa sekarang. Ada yang ajak saya buat filem atau program.

Tapi bagi saya, macam sekarang ini saya kena berlaku adil kepada anak-anak. Mereka ada hak ke atas saya dan saya sendiri ada pilihan.

“Ada sesetengah orang tak ada pilihan, dia kena kerja. Tapi saya pilih untuk duduk bersama mereka (anak-anak) serta banyakkan masa dengan mereka.

“Tak tahu lagi apa terjadi dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang. Mungkin ada program televisyen atau selebihnya,” katanya kepada HibGlam.

Mengulas mengenai statusnya dalam industri, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu menegaskan tidak pernah mengumumkan persaraan, sebaliknya hanya menyusun semula keutamaan hidupnya buat masa ini.

“Tak ada (mengacara), tapi masih ada tawaran sampai sekarang. Saya cakap tak boleh.

Saya tak pernah cakap saya bersara tapi mungkin ‘timeline’ dia bukan untuk hiburan buat masa ini,” ujarnya.

Ditanya sama ada merindui aktiviti seni, Neelofa mengakui kesibukannya menguruskan perniagaan dan keluarga tidak memberi ruang untuknya memikirkan perkara berkenaan.

“Sejujurnya, saya tak sempat nak rindu (dunia hiburan) sebab penat ada dua orang anak. Saya rasa macam walaupun banyak masa di rumah, saya tak sempat nak bagi sepenuhnya.

Ada masa kita nak rehat, ada masa nak kena jaga perniagaan, ada masa nak masak, layan atau main dengan anak-anak.

“Saya rasa tak sempat nak fikir benda luar. Kalau mereka dah besar, dah sekolah, mungkin masa itu saya rasa ada waktu lapang, kena buat sesuatu,” tutupnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok