NAMA pelakon Shukri Yahaya kembali menjadi bualan selepas foto bersama rakan selebriti mencetuskan kontroversi.
Dalam gambar tersebut, Shukri dilihat bersama Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Andy Teh dan Irfan Zaini sambil menunjukkan isyarat jari tengah ke arah kamera.
Diva sendiri pada mulanya ingatkan gambar berkenaan hasil kecerdasan buatan, rupanya betul-betul berlaku.
Sikap lepas lakunya pantas mengundang kecaman apabila netizen menganggap isyarat sedemikian tidak wajar dipertontonkan secara terbuka, apatah lagi kepada pengikut pelbagai peringkat usia.
Ada turut mengaitkan imej tersebut dengan keluarga Shukri, termasuk isterinya, Tya Adnan yang sering tampil dengan penampilan menutup aurat.
Diva faham mungkin bagi mereka sekadar gurauan sesama rakan, tetapi apabila kamera sudah dirakam dan gambar dimuat naik ke media sosial, gurauan boleh bertukar menjadi persepsi.
Lagi pun, kalau sudah berada dalam industri, setiap gerak-geri pasti menjadi perhatian. Takkan perkara asas seperti ini pun perlu diajar? Shukri bukan budak baharu hendak mencari tapak, sudah lama makan garam dunia seni. Harap lebih berhati-hati selepas ini.
DIVA: Selepas Hael Husaini menghasilkan lagu untuk Nadeera dan Ernie Zakri, ramai minta komposer itu menghadiahkan buah tangan buat Aina Abdul.
