Ernie Zakri tersinggung dengan komen netizen

SERING dibanding-bandingkan dengan vokalis wanita hebat tanah air termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul, penyanyi Ernie Zakri kesal dengan komen lantang yang kadang-kadang menyinggung perasaannya.

Ernie menerusi beberapa ciapan dalam Twitter mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang sepertinya sengaja mahu meraih perhatian dengan melemparkan cacian bertujuan menjatuhkan maruah orang lain.

“Ada orang memang penuh tenaga dia menyakiti hati orang lain kan? Dia macam bila taip tu, ‘ha nak taip macam ini la, mesti dia sakit hati’.

“Dia rasa macam hebat sangat ke dapat tulis macam itu? Jahat tak macam tu? Jahat kan? Wajar tak kita cakap dia jahat?,” soal Ernie.

CIAPAN Ernie Zakri dalam aplikasi Twitternya.

Pada masa sama, pelantun lagu Astana itu dengan sinis berkata, kononnya mereka tahu semua ibarat tidur sebantal dengannya apabila sesuka hati melemparkan komen negatif tanpa mengetahui keadaan sebenarnya.

“Masalahnya, dia tidak tahu apa-apa pasal dia cakap itu tetapi dia 100 peratus macam dia tahu, dia tak malu ke?

“Agaknya rasa diri tu gempak dan ‘cool’ kot. Kadang tertanya dengan perangai orang macam ini,” ciap Ernie.

Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi Syamel itu menjelaskan, ciapan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak mahupun kelab peminat artis.

“Okey, saya cakap ini secara umum sahaja, bukan ditujukan kepada sesiapa,” jelas Ernie.

Sebelum ini, Ernie sering menerima kecaman tentang apa jua teknik nyanyiannya dan kerap dibandingkan dengan penyanyi hebat lain seperti Aina Abdul bahkan Datuk Seri Siti Nurhaliza. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok