Dayang isteri Hael? Video bersama Lee Jun-ho cetus spekulasi

NAMA penyanyi Hael Husaini sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa memperkenalkan Dayang Nurfaizah sebagai isterinya.

Perkara tersebut bermula dari sebuah video yang tular memperlihatkan pertemuan Hael dan Dayang bersama selebriti Korea Selatan, Lee Jun-ho dalam sebuah acara.

Ketika berswafoto bersama Jun-ho, Hael memanggil Dayang untuk berada disebelahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rata-rata netizen membaca gerakan mulut Hael yang didakwa merujuk Dayang sebagai isteri.

“Ada yang pandai membaca gerakan bibir? Ke saya dah boleh jadi pembaca gerakan bibir, saya tengok Junho cakap ‘your wife’ (isteri awak),” kata pengikut.

Pada masa sama, ramai mempersoalkan tujuan mereka merahsiakan perkahwinan andai perkara tersebut benar.

“Tapi kalau dah kahwin kenapa dirahsiakan ya?,” soal peminat.

“Sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa tak berterus-terang saja. Semoga kekal hingga ke akhir hayat,” ujarnya lagi pengikut lain.

“Apa-apa pun kita hormat keputusan dan kehendak mereka,” jelas peminat lain.

Sebelum ini, timbul spekulasi Dayang dan Hael yang dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan.

Malah, spekulasi mengenai pertunangan juga timbul, namun Dayang memilih untuk tidak mengulas dakwaan terbabit.

Dayang turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok