‘Cakap kosong! Tak guna layan orang haprak macam kau’

DAKWA cuba menutup periuk nasi, pelakon Ammar Alfian mahu bersemuka dengan seorang netizen yang mengkritik filem Orang Perang menggunakan sentimen menyentuh hal peribadi, menghina dan menjatuhkan reputasi pihak produksi.

Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd. Zakri, 39, berkata, kritikan terhadap hasil kerja boleh diterima secara profesional, namun tindakan yang didakwa bertujuan menjejaskan periuk nasi produksi filem genre epik pertempuran itu dianggap keterlaluan.

“Kritik hasil kerja orang, kami terima. Tapi bila dah melibatkan agenda peribadi, penghinaan dan cubaan menjatuhkan reputasi, itu dah melampau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jadi, saya memutuskan untuk berdepan dengan individu itu sebab cubaan untuk tutup periuk nasi Orang Perang Production,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Pelakon itu turut mendakwa individu berkenaan cuma berani meluahkan kemarahan di sebalik paparan skrin telefon tanpa berhadapan secara langsung dengan pihak yang dikritik.

Anda berani merentan dalam media sosial sahaja,” ujarnya.

Malah, Ammar menyifatkan individu terbabit sebagai lelaki berusia lingkungan 40-an menggunakan laman sosial hanya untuk melepaskan kemarahan.

Saya tahu siapa anda, seorang lelaki 40-an yang berselindung di sebalik paparan skrin untuk telefon melampiaskan kemarahan,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Ammar yang menggalas watak komunis dalam filem terbabit mendakwa memahami keadaan sebenar selepas berdepan isu berkenaan dan menganggap tidak ada perkara lain yang perlu diperkatakan.

Dan sekarang kami sedar yang bercakap kosong, tiada apa lagi yang perlu saya katakan. Tak guna layan orang haprak macam kau,” katanya.

Terdahulu, Ammar bertindak memuat naik tangkap layar yang mengandungi perbualan antara beliau dengan individu terbabit.

Pelaku yang pada awalnya mengajak Ammar bersemuka, secara tiba-tiba membatalkan hasratnya atas alasan mempunyai urusan peribadi.

Sebelum ini, netizen terbabit menyelar pengarah Orang Perang, Hashim Rejab menerusi perkongsian dalam Threads disebabkan menggunakan pelakon kontroversi, Ms Pui Yi dalam filem itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok