Sudah-sudahlah kecam Ruhainies, jom kita ‘move on’

MESKI Bella Astillah sudah mendirikan rumah tangga hari ini, nama Ruhainie masih rancak dikecam dalam media sosial.

Terbaharu, perkongsiannya menonton perlumbaan Formula 1 (F1) turut menjadi bahan kecaman umum.

Kata mereka, setiap perkara yang dilakukan Ruhainies hanya sekadar untuk meraih perhatian ramai semata-mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, keberadaannya di beberapa tempat sekitar lokasi perlumbaan juga mencetuskan persoalan ramai kerana didakwa membeli tiket berharga puluhan ribu ringgit.

Cuma Diva kasihan juga pada Ruhainies sebab tidak pernah berhenti menjadi lubuk kecaman umum. Sudah-sudahlah ya semua, Bella pun sudah bahagia di samping Syed Saddiq.

Mungkin perlu bagi ruang dan peluang semula kepadanya tebus semua yang berlaku.

DIVA: Dengarnya Meerqeen kini rapat dengan pelakon Indonesia, Caitlin Halderman.



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok