PENYANYI Kaka Azraff mengundang perhatian ramai apabila menyelar lelaki yang memilih untuk berseronok berbanding melunaskan tanggungjawab terhadap anak sendiri.
Tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 37, menyifatkan individu sebegitu adalah tidak berakal.
“Anak kau abai, parti kau sampai.
“Lelaki bodoh tidak ada akal,” katanya dalam satu hantaran Threads.
Dalam hantaran berbeza, Kaka juga menyifatkan sikap tersebut sememangnya layak untuk menerima kecaman.
“Tidak marah, tak benci.
“Tapi layak dimaki,” katanya lagi.
Rentetan itu, rata-rata netizen membuat andaian perkongsian tersebut ditujukan kepada bekas suaminya, Adam Azriff namun tidak menolak kemungkinan juga hantaran tersebut dimuat naik rawak.
“Sabarlah Kaka, memang lumrah jumpa lelaki tak guna.
“Bekas suami ke? Selalunya bila sudah cerai, baru akan nampak warna sebenar,” komen netizen.
Terdahulu, Kaka sah bercerai talak dua dengan Adam pada 4 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Kaka sebelum ini pernah bercerai pada 28 Oktober 2024, namun kembali rujuk pada awal tahun 2025 iaitu ketika masih dalam tempoh idah.
Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam. – HIBGLAM

